Tuesday, May 5, 2009

Mencari-cari kebaya yang sesuai dengan bentuk badan?















Salam sejahtera semua,

Musim cuti sekolah hampir tiba. Tentu ramai bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada waktu ini. Bagi yang masih bujang, mungkin waktu inilah anda sibuk memenuhi undangan rakan rakan dan taulan ke majlis kenduri kahwin. Bagi yang merancang untuk mendirikan rumahtangga pada masa cuti sekolah yang akan datang, masih tercari-cari kebaya pengantin yang sesuai dengan bentuk tubuh Anda? Anda pasti inginkan kebaya yang dapat membuat Anda kelihatan anggun dan jelita.

Untuk gadis yang berbadan bentuk pear, anda bertuah kerana mempunyai pinggang yang kecil namun pastikan kebaya yang dipilih tidak terlalu pendek bagi mengelakkan pandangan mata lebih tertumpu pada bahagian bawah. Anda juga boleh memakai tali pinggang yang bersaiz sederhana. Apa kata anda semak gambar kebaya hijau Dewi Seri Bridal ini yang dipakai oleh pelanggan kami. Kebaya hijau berpotongan lurus ini sesuai dikenakan pada tubuh bentuk pear.

Kami membawa pelbagai bentuk kebaya pengantin dari Indonesia yang hadir untuk melengkapi kecantikan Anda di hari pertunangan atau pernikahan anda nanti.
Sila lihat selanjutnya di website kami di
http://www.dewiseribridal.com/indonesia.html

Terimakasih kami ucapkan kepada Ezreenda Reen kerana sudi berkongsi dengan kami gambar-gambarnya perkahwinannya. Reen nampak comel dan seksi...

Selamat Pengantin Baru. Semoga Reen dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat.

Salam Ikhlas dari,
Kak Nor
Dewi Seri Bridal
Untuk tempahan & pertanyaan, sila dail 019-6680944.
Jumpa lagi di blog yang akan datang....

No comments: