Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu


Salam sejahtera semua,
Apa khabar? Semoga sejahtera dan ceria selalu. Bagaimana sambutan hari ibu pada 10 May ini? Semalam saya mendapat hadiah-hadiah yang dibuat sendiri oleh anak-anak saya, Hilman (10 tahun), Sabrina (8 tahun) & Hilmi (6 tahun). Terimakasih anak-anak mama.
Pada anda yang belum berumahtangga, gunakanlah kesempatan ini untuk meluangkan sebanyak masa yang mungkin untuk ibu anda yang tersayang. Ingatlah bahawa setelah anda mendirikan rumahtangga, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk ibu anda kerana anda sudah menjadi milik orang lain - menjadi isteri dan mungkin menjadi ibu kepada anak-anak anda. Dengan komitmen kerja dan komitmen terhadap rumahtangga dan anak-anak anda, saya dan anda semua tidak punya masa yang banyak untuk seorang wanita istimewa yang telah membesarkan kita.

Untuk Hari Ibu, saya ingin berkongsi dengan anda resipi kek yang mudah. Apa kata bagi anda yang masih tinggal bersama dengan ibu anda, anda boleh mencuba resipi Ice Cream Cake ini.

ICE-CREAM CAKE.

1 cawan mentega dipukul bersama dengan 2 cawan gula sehingga berkrim, campurkan dengan 1 cawan susu pekat manis, 3 1/2 cawan tepung, 3 sudu teh baking powder, dan 8 biji putih telur. Bakar di dalam oven dan dihidangkan aising yang telah dididihkan berperisa perasa oren.
Ok, jumpa lagi di blog yang lain.
Sayangilah ibu kita, tanpa dia, siapalah kita.....
Happy Mother's Day!
Salam Ikhlas,
Nor,
019-6680944

No comments: