Sunday, June 28, 2009

Harga Perkhidmatan Dewi Seri Bridal


Salam sejahtera semua,
Apa khabar? Masih bersemangat untuk persiapan hari bahagia anda?

Kami sertakan disini harga pakej perkhidmatan Dewi Seri Bridal untuk tatapan anda. Walaubagaimanapun, anda bebas juga menentukan bajet anda tanpa pakej kerana harga dan pakej kami adalah mengikut kemampuan pelanggan.


Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dewiseribridal.com/package.html

Atau kunjungi kami di :-
66-1-A, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020, Rawang, Selangor.
Pembantu-pembantu kami bersedia membantu anda menentukan harga yang terbaik untuk majlis anda.

Waktu perniagaan :
Selasa - Sabtu : 10.00 pagi - 6.00 petang (Selepas 7.00 malam - dengan temujanji)
Ahad : 11.00 pagi - 5.00 petang
Isnin : TUTUP

Jumpa diblog yang akan datang...

Friday, June 26, 2009

Baju pengantin Adlin & Emelda











Salam sejahtera semua,
Kami ingin berkongsi dengan anda gambar-gambar perkahwinan artis Adlin dan Emelda yang kami dapat melalui e-mail. Mungkin anda juga telah melihat gambar-gambar perkahwinan mereka sebelum ini. Nampak bahagia betul kedua mempelai ini ya!

Yang menariknya baju persalinan Jawa modifikasi moden sepasang pengantin ini hampir-hampir serupa dengan baju pengantin Jawa yang terdapat dalam koleksi Dewi Seri Bridal.
Apa kata anda semak baju-baju koleksi kami, sila kunjungi kami di:-
66-1-A, Jalan 7A/2, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor
Kepada pelanggan kami, Fiezan, memang tepat pilihan Fiezan bila Fiezan memilih baju yang berwarna putih itu. Designnya seakan baju Emelda ini, memang nampak anggun.
Jumpa lagi diblog akan datang......
Ikhlas dari,
Kak Nor

Tuesday, June 23, 2009

Tempahan kebaya pengantin Indonesia




Salam sejahtera para pelanggan Dewi Seri Bridal yg kami hormati.
Kami ingin menawarkan kepada anda perkhidmatan terbaru kami. Kini anda boleh membuat tempahan jahitan kebaya pengantin Indonesia dengan design yang eksklusif. Anda boleh memilih daripada kami 50 design aspirasi daripada pereka terkenal Indonesia.
Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi kami di e-mail kami: avenue@dewiseribridal.com atau kunjungi kedai kami di: 66-1-A, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor.
Terimakasih diatas sokongan anda.
Ikhlas dari,
Kak Nor.
http://dewiseribridal.blogspot.com
www.dewiseribridal.com

Wednesday, June 17, 2009

Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga


Salam sejahtera,

Just want to share with you a good article! Semoga tips berumahtangga ini bermanfaat untuk kami dan anda semua.

Menggapai Kesabaran Dalam Keluarga

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i,
melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia
terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.


Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah.
Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan
penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air. Wanita itu
berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada
sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".

Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu
dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan
air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut
"manusia kasar". Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak
henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari
mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman
dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia.
Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu
untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".


Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu
terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah
telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia
membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuh agamaku.
Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni
bersabar."


Empat Bidang Kesabaran

Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah
di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada
suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh
rasional.


Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan
setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan
oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri. Makin
banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan
pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka
makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila
sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita
harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita
miliki dalam menjalani pernikahan?


Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :


Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan
terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan
pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami
mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya.
Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan
penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi,
bukan untuk saling mengalahkan.

" Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. "


QS An-Nisaa' : 1



Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah
pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh
kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan
bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka
satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu
sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita
begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan
semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa
adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.

Kedua :


Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai
pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya
samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai. Namun
jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk
menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja
yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera
rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.



Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza,
sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, kata
mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan
RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti
isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi
pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri
yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah
dan bahagia.

Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia.
Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar
tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat
seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang
lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suami
isteri memutuskan untuk bercerai.


Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana
sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka
kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan.
Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi Yang
Maha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;


" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh
yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia
dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".



Ketiga :


Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki
yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah
Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita
dapatkan . Allah SWT berfirman ;


" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat)
kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu
sangat pedih "


QS Ibrahim : 7

Keempat :


Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah
hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali
bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang
nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi 'i
menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya , dengan
catatan anaknya harus saling mencintai .

Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan
dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati
kedua orangtuanya.


"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang
membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."


QS Az-Zumar : 10

Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10,
Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar.
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala
mereka tanpa batas.


Wallahua'lam.
__._,_.___

Saturday, June 13, 2009

Siapakah yang anda akan undang untuk hari bahagia anda?



Salam sejahtera semua,


Memikirkan siapakah yang patut dijemput untuk ke majlis perkahwinan anda mungkin boleh membuatkan anda bingung seketika. Satu perkara yang patut diambil perhatian ialah setiap jemputan sudah tentu akan membawa sekali pasangan ataupun ahli keluarga masing-masing. Juga harus diingatkan, lebih ramai tetamu yang diundang, lebih meriah majlis anda tetapi kosnya sudah pasti makin meningkat.



Anda boleh merancang berapa jemputan yang anda akan undang meraikan anda kedua mempelai ialah dengan membuat dua list berasingan: List No. 1 ialah "Mesti Dijemput/Yang Benar2 Ingin Hadir" dan List No. 2 "Elok Juga Jika Dijemput"


Kepada mereka yang akan mengadakan majlis persandingan di dewan ataupun di hotel, adalah lebih baik jika anda menghantar kad undangan dahulu kepada mereka yang didalam List No. 1 lebih awal. Jika ada diantara mereka yang didalam List No. 1 tidak dapat hadir, anda boleh mula menghantar kad jemputan perkahwinan kepada mereka didalam List No. 2 dalam waktu yang terdekat.



Anda boleh gunakan Guest List Form seperti dibawah ini:



Guest List Form
List No. 1 : Mesti Dijemput/Yg benar2 Ingin Hadir (Wajib)
Nama Jemputan :

Nama Isteri/Suami/Pasangan :

Alamat :



No. telefon :

E-mail :

Jumlah jemputan:

Tarikh kad undangan dihantar :

RSVP diterima :

Jumlah yang akan hadir :


List No. 2 : Elok Juga Jika Dijemput(Harus)
Nama Jemputan :

Nama Isteri/Suami/Pasangan :

Alamat :



No. telefon :

E-mail :

Jumlah jemputan:

Tarikh kad undangan dihantar :

RSVP diterima :

Jumlah yang akan hadir :


Jumpa lagi di blog yang akan datang....

Ikhlas dari,

Kak Nor

http://dewiseribridal.blogspot.com/

Sunday, June 7, 2009

Pengumuman

Salam sejahtera semua,
Disebabkan sambutan yang begitu menggalakkan terhadap tawaran set pelamin ekonomi kami, maka kami terpaksa memberikan priority kepada 'first come, first serve basis'. Set pelamin ekonomi (set 1) telah pun dijual. Ribuan terimakasih kepada Mastura kerana telah bersusah payah datang ke kedai kami walaupun jauh.

Perniagaan kami ditutup buat sementara waktu mulai 7/6/09 - 10/6/09. Harap maklum.

Semoga anda ceria selalu menghadapi hari-hari yang berlalu.
Ikhlas dari,
Kak Nor.
019-6680944
http://dewiseribridal.blogspot.com
www.dewiseribridal.com

Tuesday, June 2, 2009

Set Pelamin Ekonomi Untuk Dijual - Harga Lelong






Salam sejahtera,
Untuk bakal2 juruandam & juruandam yang baru memulakan perniagaan, kami ingin menawarkan 2 set pelamin pada harga yang amat berpatutan.

Set Pelamin Ekonomi 1: RM500.00 sahaja
Product Description
Price includes :
1) Backdrop (10 feet x 8 feet)
2) 2 Stage - wrapped (10 feet x 5 feet)
3) BackDrop Clothing (Maroon or Yellow)
4) Half Round Ornamentation Crown (Crown Separuh Bulat)
5) Scallop Crown & BackDrop

*Not include twin wrought iron chair & flowerstand


Set Pelamin Ekonomi 2: RM1,500.00 sahaja
Product Description
Price includes :
1) Set Stage Kerawang Silver & Gold (38 inch x 64 inch) + (10 inch x 64 inch) + 2(10 inch x 48 inch)
2) Rangka Pelamin Dome/Berkubah Kerawang Silver & Gold (8 feet X 7 feet x 5 feet)
3) Backdrop Clothing
4) Single Wooden Chairs Silver Colour (1 Pair)

*Not include flowers


Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
019-6680944 (Kak Nor)
e-mail : avenue@dewiseribridal.com
http://dewiseribridal.blogspot.com/
http://www.dewiseribridal.com/
Kunjungi kedai kami (dengan temujanji) di:-
66-1-A, Medan Puteri,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang, Selangor.

Jumpa diblog akan datang.....