Friday, May 29, 2009

Antara yang gelap dan cerah....







Salam sejahtera semua,
Yang manakah pilihan anda untuk hari bahagia anda? Warna cerah atau warna yang gelap?
Kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Ekspresikan diri anda dengan warna cerah ceria.....
Atau...
Anggunkan diri anda dengan warna gelap yang misteri....

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
019-6680944 (Kak Nor)
Kunjungi kedai kami (dengan temujanji) di:-
66-1-A, Medan Puteri,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang, Selangor.
Jumpa diblog akan datang.....

Wednesday, May 27, 2009

Wajah & Hati Yang Cantik



Salam sejahtera semua,


Saya ingin berkongsi dengan anda petua yang saya dapat melalui e-mail, apa kata kita semua mencubanya......

  1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.·

  2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.·

  3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN·

  4. Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.·

  5. Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.·

  6. Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Petuanya cukup simple tapi kita mungkin selalu terlupa untuk mengamalkannya....

Jumpa diblog akan datang...


Ikhlas dari,
Kak Nor
http://dewiseribridal.blogspot.com/
http://www.dewiseribridal.com/

Sunday, May 24, 2009

Kebaya pengantin untuk dijual






Salam sejahtera semua,

Perhatian kepada juruandam baru atau bakal-bakal juruandam. Harga lelong untuk kebaya pengantin baru dan terpakai!

1. Kebaya purplish pink lace (baru) cuma RM200 sahaja.
2. Kebaya white pink kain berekor (terpakai) cuma RM150 sahaja.
3. Jubah lace kuning hijau kain bertingkat (terpakai) cuma RM100 sahaja.

Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:
Kak Nor : 019-6680944
atau
berkunjung ke showroom kami (dengan temujanji) di:-
66-1-A, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor.

website kami : http://www.dewiseribridal.com/
http://dewiseribridal.blogspot.com/
e-mail : avenue@dewiseribridal.com

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru








Salam sejahtera,

Hari ini....16 Mei...adalah Hari Guru di Malaysia disambut pada setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Ini mengingatkan saya pada seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (SKBTP), Rawang. Sempena Hari Guru yang lalu, kami telah didatangi oleh Cikgu Aida yang gorgeous & bertubuh tinggi lampai yang menawan sesiapa saja yang memandang.


Cikgu Aida kelihatan anggun memperagakan baju pengantin tradisional Jawa untuk pertandingan pakaian beragam guru2 di SKBTP. Beliau juga sempat bergaya dengan beberapa kebaya pengantin kami yang baru sampai daripada Indonesia ketika itu. Disini kami paparkan gambar2 Cikgu Aida yang manis untuk tatapan anda semua. Jika Cikgu Aida terbaca blog kami, minta hubungi kami kerana ada hadiah istimewa menanti Cikgu sempena hari guru ini.


Kepada semua guru-guru di Malaysia kami ucapkan, "Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang selalu...."


Ikhlas dari,


Kak Nor, 019-6680944


www.dewiseribridal.com / http://dewiseribridal.blogspot.com


e-mail : avenue@dewiseribridal.com / dewiseribridal@gmail.com

Tuesday, May 12, 2009

Surat untuk Anakku



















Salam sejahtera semua,

Sempena hari ibu yang baru berlalu, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah puisi indah hasil nukilan Ratih Sanggarwaty, seorang model terkenal Indonesia yang pernah mengorak langkah di Eropah sewaktu mudanya. Sekarang anda boleh menemuinya di Astro Oasis, "Santun Anggun", setiap hari Ahad.
Gambar2 hiasan adalah gambar2 sekitar perkahwinan pelanggan kami Hazrinie Azrin.

Anakku sayang....
Kuingat ketika kau perkenalkan
teman wanitamu pada Ibu
Ada binar aneh dalam matamu...
Binar itu tak pernah kutemui
selama puluhan tahun
Ibu mengasuh dan membesarkanmu

Meski kau gembira
ketika dulu kau dapat berjalan,
tak ada binar itu....
Meski kau lega
ketika sakit khitanmu telah sembuh
tak ada binar itu....
Meski kau bangga
ketika kau terdaftar di universitas
yang kau idamkan,
tak ada binar itu...
Meski kau bahagia
ketika kau telah lulus
dan berhak menyandang gelar yang
kau cita-citakan,
tak Ibu jumpai binar itu.....

Ibu bertanya-tanya, binar apa itu...?
Yang begitu memancar
ketika kau menceritakan
siapa dan bagaimana
teman wanitamu itu...

Aah...Ibu tahu, itulah binar cinta
sama seperti binar mata ayahmu
ketika meminta Ibu
untuk menjadi teman hidupnya

Anakku sayang....
Binar itu makin berkilat-kilat
ketika kau minta Ibu untuk datang
ke rumah teman wanitamu itu
Kau telah bertekad untuk
menyempurnakan
kehidupanmu bersamanya....
Aah...angan Ibu melayang-layang
Ingat ketika ayahmu melamar Ibu,
dan binar mata
yang berkilat-kilat
ada juga dimata ayahmu ketika itu

Anakku sayang...
Kini kau telah bersanding
dengan teman wanitamu
Di matamu ada wajahnya
dan di matanya ada wajahmu
Katakan padanya, Ibu juga mencintainya
sama dan seimbang seperti Ibu
mencintaimu
Kalau dia adalah belahan jiwamu,
maka dia juga belahan jiwa Ibu
Karena anakku....
Sampai kapan pun, engkau tetap menjadi
belahan jiwa Ibu
Jakarta, 23 April 2006

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu


Salam sejahtera semua,
Apa khabar? Semoga sejahtera dan ceria selalu. Bagaimana sambutan hari ibu pada 10 May ini? Semalam saya mendapat hadiah-hadiah yang dibuat sendiri oleh anak-anak saya, Hilman (10 tahun), Sabrina (8 tahun) & Hilmi (6 tahun). Terimakasih anak-anak mama.
Pada anda yang belum berumahtangga, gunakanlah kesempatan ini untuk meluangkan sebanyak masa yang mungkin untuk ibu anda yang tersayang. Ingatlah bahawa setelah anda mendirikan rumahtangga, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk ibu anda kerana anda sudah menjadi milik orang lain - menjadi isteri dan mungkin menjadi ibu kepada anak-anak anda. Dengan komitmen kerja dan komitmen terhadap rumahtangga dan anak-anak anda, saya dan anda semua tidak punya masa yang banyak untuk seorang wanita istimewa yang telah membesarkan kita.

Untuk Hari Ibu, saya ingin berkongsi dengan anda resipi kek yang mudah. Apa kata bagi anda yang masih tinggal bersama dengan ibu anda, anda boleh mencuba resipi Ice Cream Cake ini.

ICE-CREAM CAKE.

1 cawan mentega dipukul bersama dengan 2 cawan gula sehingga berkrim, campurkan dengan 1 cawan susu pekat manis, 3 1/2 cawan tepung, 3 sudu teh baking powder, dan 8 biji putih telur. Bakar di dalam oven dan dihidangkan aising yang telah dididihkan berperisa perasa oren.
Ok, jumpa lagi di blog yang lain.
Sayangilah ibu kita, tanpa dia, siapalah kita.....
Happy Mother's Day!
Salam Ikhlas,
Nor,
019-6680944

Tuesday, May 5, 2009

Mencari-cari kebaya yang sesuai dengan bentuk badan?















Salam sejahtera semua,

Musim cuti sekolah hampir tiba. Tentu ramai bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada waktu ini. Bagi yang masih bujang, mungkin waktu inilah anda sibuk memenuhi undangan rakan rakan dan taulan ke majlis kenduri kahwin. Bagi yang merancang untuk mendirikan rumahtangga pada masa cuti sekolah yang akan datang, masih tercari-cari kebaya pengantin yang sesuai dengan bentuk tubuh Anda? Anda pasti inginkan kebaya yang dapat membuat Anda kelihatan anggun dan jelita.

Untuk gadis yang berbadan bentuk pear, anda bertuah kerana mempunyai pinggang yang kecil namun pastikan kebaya yang dipilih tidak terlalu pendek bagi mengelakkan pandangan mata lebih tertumpu pada bahagian bawah. Anda juga boleh memakai tali pinggang yang bersaiz sederhana. Apa kata anda semak gambar kebaya hijau Dewi Seri Bridal ini yang dipakai oleh pelanggan kami. Kebaya hijau berpotongan lurus ini sesuai dikenakan pada tubuh bentuk pear.

Kami membawa pelbagai bentuk kebaya pengantin dari Indonesia yang hadir untuk melengkapi kecantikan Anda di hari pertunangan atau pernikahan anda nanti.
Sila lihat selanjutnya di website kami di
http://www.dewiseribridal.com/indonesia.html

Terimakasih kami ucapkan kepada Ezreenda Reen kerana sudi berkongsi dengan kami gambar-gambarnya perkahwinannya. Reen nampak comel dan seksi...

Selamat Pengantin Baru. Semoga Reen dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat.

Salam Ikhlas dari,
Kak Nor
Dewi Seri Bridal
Untuk tempahan & pertanyaan, sila dail 019-6680944.
Jumpa lagi di blog yang akan datang....