Thursday, February 25, 2010

Kebaya koleksi terbaru dari Semarang




































Salam sejahtera kepada pengunjung blog kami yang setia,

Dewi Seri Bridal mempersembahkan kepada anda koleksi kebaya pengantin terbaru kami yang dibawa khas dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Semarang adalah tempat berpusatnya fesyen kebaya dimana lahirnya pereka terkenal Anne Avantie, yang menjadi trend setter fesyen kebaya Indonesia. Anne Avantie menjadi inspirasi para penggiat industri feyen kebaya untuk menghasilkan karya mirip Anne Avantie. Justeru itu, kebanyakan kebaya pengantin dari Semarang mempunyai pengaruh sentuhan karya wanita dinamik dan berbakat ini.

Buat mereka yang tidak mengenali wanita ini, dia adalah juga pereka yang didatangkan khas dari Indonesia untuk merekacipta kebaya pengantin Dato' Siti Nurhaliza semasa perkahwinannya dengan Datuk K dahulu.
Kami paparkan disini sebahagian daripada koleksi terbaru kami untuk tatapan anda.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila kunjungi butik kami, Dewi Seri Bridal di:-
66-1-A, Jalan 7A/2,
Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor.
Tel (butik) : 03-60341097
Waktu perniagaan : Rabu - Ahad (11.00 a.m. - 5.00 p.m.) (1.00 p.m. - 2.00 p.m. waktu rehat)
H/P : 019-6680944/017-2108446 (Kak Nor) / 019-2574374 (Nisha) / 017-9381363 (Rozita)