
Friday, May 29, 2009
Antara yang gelap dan cerah....

Wednesday, May 27, 2009
Wajah & Hati Yang Cantik
Salam sejahtera semua,
Saya ingin berkongsi dengan anda petua yang saya dapat melalui e-mail, apa kata kita semua mencubanya......
- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.·
- Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.·
- Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN·
- Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.·
- Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.·
- Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Petuanya cukup simple tapi kita mungkin selalu terlupa untuk mengamalkannya....
Jumpa diblog akan datang...
Ikhlas dari,
Kak Nor
http://dewiseribridal.blogspot.com/
http://www.dewiseribridal.com/
Sunday, May 24, 2009
Kebaya pengantin untuk dijual



Salam sejahtera semua,
Perhatian kepada juruandam baru atau bakal-bakal juruandam. Harga lelong untuk kebaya pengantin baru dan terpakai!
1. Kebaya purplish pink lace (baru) cuma RM200 sahaja.
Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:
Kak Nor : 019-6680944
atau
berkunjung ke showroom kami (dengan temujanji) di:-
66-1-A, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor.
website kami : http://www.dewiseribridal.com/
http://dewiseribridal.blogspot.com/
e-mail : avenue@dewiseribridal.com
Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Guru
Cikgu Aida kelihatan anggun memperagakan baju pengantin tradisional Jawa untuk pertandingan pakaian beragam guru2 di SKBTP. Beliau juga sempat bergaya dengan beberapa kebaya pengantin kami yang baru sampai daripada Indonesia ketika itu. Disini kami paparkan gambar2 Cikgu Aida yang manis untuk tatapan anda semua. Jika Cikgu Aida terbaca blog kami, minta hubungi kami kerana ada hadiah istimewa menanti Cikgu sempena hari guru ini.
Kepada semua guru-guru di Malaysia kami ucapkan, "Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang selalu...."
Ikhlas dari,
Kak Nor, 019-6680944
www.dewiseribridal.com / http://dewiseribridal.blogspot.com
e-mail : avenue@dewiseribridal.com / dewiseribridal@gmail.com
Tuesday, May 12, 2009
Surat untuk Anakku

Saturday, May 9, 2009
Selamat Hari Ibu


Tuesday, May 5, 2009
Mencari-cari kebaya yang sesuai dengan bentuk badan?
Musim cuti sekolah hampir tiba. Tentu ramai bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada waktu ini. Bagi yang masih bujang, mungkin waktu inilah anda sibuk memenuhi undangan rakan rakan dan taulan ke majlis kenduri kahwin. Bagi yang merancang untuk mendirikan rumahtangga pada masa cuti sekolah yang akan datang, masih tercari-cari kebaya pengantin yang sesuai dengan bentuk tubuh Anda? Anda pasti inginkan kebaya yang dapat membuat Anda kelihatan anggun dan jelita.
Untuk gadis yang berbadan bentuk pear, anda bertuah kerana mempunyai pinggang yang kecil namun pastikan kebaya yang dipilih tidak terlalu pendek bagi mengelakkan pandangan mata lebih tertumpu pada bahagian bawah. Anda juga boleh memakai tali pinggang yang bersaiz sederhana. Apa kata anda semak gambar kebaya hijau Dewi Seri Bridal ini yang dipakai oleh pelanggan kami. Kebaya hijau berpotongan lurus ini sesuai dikenakan pada tubuh bentuk pear.
Kami membawa pelbagai bentuk kebaya pengantin dari Indonesia yang hadir untuk melengkapi kecantikan Anda di hari pertunangan atau pernikahan anda nanti.
Sila lihat selanjutnya di website kami di
http://www.dewiseribridal.com/indonesia.html
Terimakasih kami ucapkan kepada Ezreenda Reen kerana sudi berkongsi dengan kami gambar-gambarnya perkahwinannya. Reen nampak comel dan seksi...
Selamat Pengantin Baru. Semoga Reen dan suami berbahagia hingga ke akhir hayat.
Salam Ikhlas dari,
Kak Nor
Dewi Seri Bridal
