Monday, October 12, 2009

Pernikahan Nik Azida - 7 Syawal/26 September 2009


Salam sejahtera,

Pelanggan kami dari Labuan, Sabah, yang berwajah lembut keibuan, Nik Azida telah melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hatinya pada hari raya yang ke-7 bersamaan dengan 26 September 2009.
Bertemu dan bercinta melalui internet, Nik Azida, seorang pendidik, memakai baju kurung moden putih dengan hiasan sulaman kristal dan manik yang dijahitnya sendiri. Sungguh cantik sekali.....
Jika ada sesiapa yang berhasrat menempah jahitan kristal/sequin dan manik, anda boleh menempahnya daripada Nik, anda boleh hubungi Nik di 012-8229007.
Kami juga memakaikan inai/mehndi di tangan dan kakinya agar dia tampil anggun dengan riasan yang simple but attractive.
Kami paparkan disini gambar Nik tersenyum ayu di hari bahagianya itu untuk tatapan anda.

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan, sila kunjungi butik pengantin kami di:66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri,Bandar Tasik Puteri,48020 Rawang,Selangor.
Telefon kedai : 03-60341097 atau
hubungi :019-6680944 (Kak Nor)


Kepada Nik Azida, kami warga Dewi Seri Bridal mengucapkan "Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia berkekalan hingga keakhir hayat, Amin".

No comments: