Sunday, April 12, 2009

Kebaya pengantin terbaru daripada Indonesia



























































































































































Salam sejahtera para pembaca sekelian,

Saya baru pulang dari Indonesia baru -baru ini. Suami saya telah bermurah hati untuk membawa saya melancong ke Jakarta & Bandung pada November yg lalu & sekali lagi pada bulan March ini. Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke Jakarta, kerana sebelum ini saya telah beberapa kali ke Jakarta atas urusan kerja, tetapi perjalanan kali ini cukup bermakna sebab almaklumlah, ini dikira sebagai second honeymoon.
Dan juga lebih bermakna atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.....saya tak boleh mengelak daripada melakukannya....apalagi...shopping!!!....

Maka dengan itu, disini saya ingin berkongsi dengan anda baju2 kebaya pengantin daripada Indonesia untuk tatapan anda semua. Ini adalah koleksi terbaru bulan March 2009 Dewi Seri Bridal.

Untuk pengetahuan anda, kebaya-kebaya yang kami paparkan dalam bentuk asli iaitu dipakaikan dengan kain batik Indonesia. Kebanyakan daripada pelanggan kami kurang gemar mengenakan kebaya pengantin dengan kain batik. Ini adalah disebabkan di kalangan orang Melayu, kain batik cuma kain basahan yang hanya dipakai dirumah oleh orang kampung ataupun dipakai ketika dalam pantang.
Namun begitu, bagi masyarakat Indonesia, kain batik adalah tradisi mereka yang harus dipertahankan. Lagipun, kain batik sarong yang dipakai pengantin di hari pernikahan mereka adalah daripada jenis yang mahal dan berkualiti tinggi.
Oleh itu, jika sekiranya anda ingin menyarungkan kebaya-kebaya ini dengan kain warna sedondon, Dewi Seri Bridal ada menyediakan kain satin mengikut permintaan para pelanggan kami.
Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:-
Kak Nor : 019-6680944
Hasmili : 013-3519181
Atau...
Layari laman web kami : http://www.dewiseribridal.com/
See you in the next blog.....
Ikhlas dari,
Kak Nor.

No comments: