Showing posts with label kebaya Indonesia. Show all posts
Showing posts with label kebaya Indonesia. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Majlis Bertandang Nur Syadikin Dato' Mohd Ariff & Mohd Izhar Saion

Salam hormat sahabat semua,

Majlis bertandang pelanggan kami yang cantik, ceria & humble, Ekin dilangsungkan pada 9 Jan 2011 yang lalu bertempat di Batu Arang, Selangor. Gadis cute ini yang bersikap peramah & periang sepanjang majlis perkahwinannya begitu menyenangkan semua pihak. Gadis comel dengan loghat Peraknya yang sedap didengar bertemu jodoh dengan Izhar, pemuda berketurunan Jawa yang berasal dari Kg. Kebun Baru, Batu Arang, Selangor. Atas permintaan pengantin, kami menyediakan pakaian berkonsep Jawa & Betawi sepanjang dua hari majlis malam berinai & bertandang kedua mempelai ini.

Jutaan terimakasih kami ucapkan kepada kedua mempelai diatas layanan yang amat baik sepanjang kami menguruskan majlis di rumah pengantin lelaki.

Tidak terlambat untuk kami mengucapkan kepada Ekin & Izhar :

"Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat & dikurniakan anak-anak yang comel. Amin. "







Kedua pengantin tersenyum riang di persada pelamin berkonsep moden English.



Renungan Cinta pandang pertama






Upacara membaling gula-gula untuk tetamu kanak-kanak.

















Majlis bersanding

















Cuaca panas terik sewaktu pengantin berarak diringi paluan kompang irama ala Jawa.


Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi kami di:-

66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,

48020 Rawang, Selangor.

Tel : 03-60341097 (butik)

H/P: 017-2108446/019-6680944(Noraiha) /016-2959239 (Nur Hidayah)

Waktu perniagaan : 12.00 p.m. - 8.00 p.m. (Rabu-Ahad)

Cuti : Isnin-Selasa & public holidays yg tertentu


e-mail:avenue@dewiseribridal.com
Facebook:Dewi Seri Bridal

Thursday, January 13, 2011

Sekitar Malam Berinai Nur Syadikin Dato' Mohd Ariff & Mohd Izhar Saion












Adat jawa - Upacara Sungkem iaitu gerakan membongkok kepada ibubapa & ibubapa mertua pengantin sebagai simbol kerendahan seorang anak kepada orang tua, dan bukan bersujud atau menyembah orang tua seperti yang disangkakan kebanyakan orang.




Salam hangat semua,
Kami ingin mengimbau kembali majlis malam berinai besar pasangan Nur Syadikin Dato' Mohd Ariff & Mohd Izhar Saion yang diadakan pada 8 Jan 2011 yang lalu.
Malam berinai yang diadakan di rumah pengantin lelaki di Kg. Kebun Baru, Batu Arang, Selangor dilangsungkan mengikut adat perkahwinan Jawa kerana keluarga pengantin lelaki adalah berketurunan Jawa.

We hope you enjoy the photos!

Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi kami di:-
Dewi Seri Bridal
66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor.
Tel: 03-60341097 (butik)
H/P: 019-6680944/017-2108446 (Noraiha) / 016-2959239 (Nur Hidayah)
Waktu perniagaan : 12.00 p.m. - 8.00 p.m. (Rabu - Ahad)
Facebook : Dewi Seri Bridal

Monday, May 24, 2010

Selamat Pengantin Baru - Nuraini Imelda & Azami, 23/5/2010




























































Salam hormat kepada para pengunjung setia blog kami,

Maaf sebab dah lama tiada new post. Kami agak sibuk kebelakangan ini, lebih-lebih lagi untuk menyiapkan persiapan untuk wedding Imelda & Azami pasangan pelanggan kami & juga sedang sibuk memindahkan koleksi pelamin-pelamin kami ke showroom yang baru demi keselesaan pelanggan2 yg berkunjung.

Kami paparkan di sini sebahagian dpd gambar2 pasangan pengantin Nuraini Imelda & Azami Othman yg melangsungkan majlis persandingan mereka di Casaria Apartment, Bandar Country Home, Rawang pd 23 May 2010 yg lalu.

Buat pengetahuan semua, Imelda adalah saudara baru Islam kita; mualaf yang berpewatakan manja dan ceria. Beliau telah memilih warna tema sweet pink yang bersesuaian dengan sifat romantisnya. Manik2 berbentuk butterfly pada tudung pengantin ini direka & dijahit khas oleh kakak pengantin perempuan sebagai tanda kenangan untuk adiknya.

ohh...so sweet & touching....

Kami ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada keluarga Imelda diatas kerjasama & layanan yg amat baik diberikan kepada kami sepanjang majlis ini. Kami juga berbesar hati kerana Imelda meminta pekerja kami, Rozita menjadi pengapitnya di hari persandingannya. We are touched to see that adik beradik Imelda telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini mengikut adat Melayu demi kasih sayang terhadap seorang adik, biarpun mereka berbeda agama. Jiran-jiran juga sepakat membantu...ya..begitulah semangat 1Malaysia....

Hope you enjoy the photos!

Untuk tempahan & pertanyaan, anda dialu-alukan mengunjungi butik kami, Dewi Seri Bridal, di:-66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri,Bandar Tasik Puteri,48020 Rawang,Selangor.
Tel (butik) : 03-60341097
Waktu perniagaan :Rabu - Ahad :- Waktu urusniaga : 11.00 a.m. - 5.00 p.m. Waktu rehat : 1.00 p.m. - 2.00 p.m.Isnin – Selasa : Cuti

H/P : 019-6680944 / 017-2108446 (Kak Nor)
H/P: 017-9381363 (Rozita)
H/P: 019-2574374 / 017-2828214 (Nisha)
Note: Sila tinggalkan pesanan (sms) jika panggilan anda tidak berjawab, kami pasti akan menghubungi anda semula. Terimakasih.

Sunday, April 11, 2010

Selamat Bertunang, Raja Nana





Salam hangat followers & pengunjung blog kami yang kami hormati,

Kami paparkan disini gambar2 sekitar majlis pertunangan pelanggan kami, Raja Nana dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Nana yang berwajah ayu & bertubuh tinggi lampai seperti model ini memilih kebaya Indonesia moden berwarna beige+light peach untuk hari pertunangannya. Lihatlah Nana tersenyum riang bersama tunangnya.

Hope you enjoy the photos!

Untuk tempahan & pertanyaan, anda dialu-alukan mengunjungi butik kami, Dewi Seri Bridal, di:-
66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri,Bandar Tasik Puteri,48020 Rawang,Selangor.
Tel (butik) : 03-60341097
Waktu perniagaan :
Rabu - Ahad :- Waktu urusniaga : 11.00 a.m. - 5.00 p.m. Waktu rehat : 1.00 p.m. - 2.00 p.m.
Isnin – Selasa : Cuti

H/P : 019-6680944 / 017-2108446 (Kak Nor)
H/P: 017-9381363 (Rozita)
H/P: 019-2574374 / 017-2828214 (Nisha)
Note: Sila tinggalkan pesanan (sms) jika panggilan anda tidak berjawab, kami pasti akan menghubungi anda semula. Terimakasih.

Friday, March 12, 2010

Kubah cinta Fiezan & Rahimi




























































Salam sejahtera para pengunjung blog kami yang kami hormati,

Kami paparkan disini gambar2 sekitar majlis pernikahan, persandingan dan malam berinai besar pasangan Rahimi & Norhafizan yang berlangsung di Bandar Tasik Puteri, Rawang yang diambil oleh ETsnap. Anda boleh menghubungi jurugambar professional ini di 012-2503515 (taz) atau 016-2327515 (as). Anda juga boleh melayari laman web, http://www.etsnap.com.my/

Hope you enjoy the photos!

Untuk tempahan & pertanyaan, anda dialu-alukan mengunjungi butik kami, Dewi Seri Bridal, di:-
66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri,
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor.
Tel (butik) : 03-60341097
Waktu perniagaan : Rabu - Ahad (11.00 a.m. - 5.00 p.m.)
H/P : 019-6680944 / 017-2108446 (Kak Nor)
H/P: 017-9381363 (Rozita)
H/P: 019-2574374 / 017-2828214 (Nisha)
Note: Sila tinggalkan pesanan (sms) jika panggilan anda tidak berjawab, kami pasti akan menghubungi anda semula. Terimakasih.

Friday, January 29, 2010

Apa ada dengan kebaya Indonesia?






Salam sejahtera para pengunjung blog kami yang kami hormati,
Saya cukup teruja melihat perkembangan yang menarik di dalam arus perkembangan fesyen baju pengantin di Malaysia sejak akhir-akhir ini, terutamanya kebaya pengantin. Rata-rata kebanyakannya memaparkan kebaya pengantin dari Indonesia yang mewah anggun dihiasi dengan sulaman dan manik yang cantik berkilauan.

Terus terang, saya sudah mula ”jatuh cinta” pada kebaya pengantin Indonesia sejak tiga tahun yang lalu, setelah diperkenalkan oleh pembantu rumah saya yang begitu bersemangat memperkenalkan saya kepada tradisi perkahwinan dan busana pengantin dari seberang. Sementelah pula, dia berasal dari keluarga yang sudah lama berkecimpung dalam dunia andaman, atau disana disebut riasan pengantin dikampungnya di Jawa Tengah.


Namun budaya dan tradisi Indonesia bukanlah sesuatu yang baru pada saya, malah sebelum itu saya telah acapkali berkunjung ke negara jiran kita yang kaya dengan budayanya atas urusan kerja dan juga kadang-kadang melancong bersama suami. Apa yang saya kenali adalah masyarakat Indonesia disana baik-baik belaka, peramah, rajin dan kreatif sekali. Lagipun, saya boleh bertutur dalam bahasa Indonesia dengan agak lancar, jadi tidak ada masalah komunikasi. Ini kerana saya pernah mengambil matapelajaran alternatif jurusan Indonesian Studies semasa menuntut di Australia dahulu. Indonesian Studies telah banyak membuka ruang untuk saya lebih mengenali budaya, bahasa, sejarah, kesusasteraan dan cara hidup masyarakat Indonesia.

Jika kita renung kembali sejarah semasa era perang dunia ke-2, kaum wanita termasuk nenek moyang kita memakai baju kebaya yang mempunyai pengaruh kebaya Indonesia. Anda juga boleh lihat Allahyarhamah seniwati Saloma & primadona dalam filem-filem P.Ramlee dan seangkatannya dengannya, kelihatan seksi dan anggun dengan kebaya ala Indonesia. Ibu saya & ibu saudara saya semasa mudanya pula melaram dengan baju-baju kebaya yang pelbagai fesyen yang lebih sinonim dengan kebaya Indonesia. Saya tertanya-tanya, mengapa?

Waktu dahulu, sebelum Malaysia & Indonesia merdeka, tidak wujud negara kedua-kedua ini. Waktu itu tiada batasan dan sempadan, mungkin waktu itu tidak perlu passport untuk memasuki negara2 ini, apa yang dilihat hanyalah kita dan mereka adalah bangsa yang serumpun. Bahasa pertuturan pun hampir sama. Sayangnya, setelah perang dunia ke-2 tamat dan kedua-dua negara ini mendapat kemerdekaan, maka barulah wujud nama ”Malaysia” & ”Indonesia”, dan kerana itu dan sejak itu, kita semua dibelenggu persoalan, siapakah yang lebih berhak keatas budaya siapa yang telah berakar umbi beratus-ratus tahun lamanya. Sebenarnya, tiada siapa yang boleh mengaku hak eksklusif ini kerana budaya yang dipraktikkan di kedua-dua negara ini telah dibawa dari India semasa kerajaan Hindu bertapak di kawasan nusantara ini.

Saya rasa semua sudah sedia maklum yang susur galur majoriti masyarakat Melayu di Malaysia berasal dari Indonesia. Beratus-ratus tahun sebelum merdeka, datuk nenek moyang kita dari pelosok Indonesia merantau ke Malaysia untuk mendapat penghidupan baru dan seterusnya menetap disini. Jadi tidak mustahil mereka membawa budaya dari sana termasuk adat resam, makanan, pakaian & cara hidup yang lama kelamaan mengalami perubahan sedikit demi sedikit dilanda arus masa dan zaman. Tetapi, disebabkan akar umbinya dari yang sama, maka anda dapat lihat ada persamaan antara Malaysia dan Indonesia.

Kenapa saya bercerita tentang sejarah pulak ye? Saya teringat semasa saya cuba memperkenalkan kebaya pengantin Indonesia pada masyarakat di sekitar tempat saya, ramai yang mencebik bibir pada saya, dengan angkuh sekali berkata pada saya ”Apa ada pada kebaya Indon?” Ada yang mengutuk saya kerana menyangkakan yang baju2 kami adalah baju tradisional Jawa saja. Itu saja. Maaf, kebaya2 pengantin Indonesia yg kami bawa adalah design yang moden & terkini. Hmm...saya tersenyum saja bila mengenangkan tiada siapa mempersoalkan tentang kebaya pengantin Siti Nurhaliza yang direka khas oleh Anne Avantie, dari Semarang, Jawa Tengah. Bertuah jadi orang terkenal ye...

Ada juga yang memarahi saya, ”Kenapa mesti nak bawa budaya dari luar?” Ada yang kurang senang kerana menganggap saya membelakangkan budaya sendiri, budaya Melayu. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana kami tidak menyediakan baju2 songket. Maaf, bukan kami tidak mencintai songket Melayu kita, tetapi kami tidak mahu bersaing dengan banyak butik2 pengantin lain yang ada menyediakan pakaian songket ini. Saya rasa itu lebih adil.

Pembantu rumah saya yang terdahulu, semasa dia pulang bercuti ke Indonesia, dia juga dimarahi oleh teman senegaranya kerana membelikan kebaya pengantin dari sana untuk saya sebagai ole-ole/buah tangan. Dia dituduh cuba menjual budaya Indonesia, sedangkan niatnya hanya untuk memperkenalkan keindahan kebaya Indonesia.

Dan niat saya pula, hanya untuk membawa kelainan citarasa fesyen kebaya pengantin kepada anda semua. Apa salahnya jika keindahan kebaya pengantin Indonesia dapat menyerlahkan lagi kejelitaan pengantin di hari bahagia mereka.

Saya tidak pernah mengaku yang kebaya2 ini adalah kebaya kita.
Saya tetap memberitahu pelanggan2 saya yang kebaya2 koleksi kami adalah kebaya Indonesia, supaya kita lebih menghargainya dan supaya tidak berlaku persoalan hak cipta. Bak kata pepatah Melayu “tak kenal, maka tak cinta” , kan…

Alhamdulillah, kini kebaya pengantin Indonesia sudah mula diterima ramai & atas sebab itu, butik kami lebih berkonsepkan kebaya dari sana untuk memberi lebih banyak pilihan dan kelainan kepada bakal2 pengantin kita.

Anda jangan tekejut kalau saudara serumpun kita di Indonesia juga ada yang meminati baju kurung kita….

Begitulah, fesyen adalah universal dan ianya harus bisa dicintai oleh semua….

Oh ya, setelah sekian lama, saya baru dapat tahu dari ibu saya yang moyang saya berasal dari Palembang…….ye ke?

Jangan lupa, nantikan koleksi kebaya pengantin terbaru kami dari Indonesia mulai Mac depan, Insyaallah.

Nukilan ikhlas dari,
Nor.
Dewi Seri Bridal
019-6680944 / 017-2108446

Tuesday, January 19, 2010

Jika Aku Jatuh Cinta


Gambar hiasan : Pelanggan kami, Nurhafieza dari Serendah.

Untuk pertanyaan & tempahan, sila kunjungi butik kami di:
66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang, Selangor.
Tel (butik) : 03-6034 1097
H/P: 019-6680944/017-2108446 (Kak Nor) / 019-2574374 (Nisha) / 017-9381363 (Rozita)
Doa jika anda jatuh cinta (untuk yang bujang saja ye...)













“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat
pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah
berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu…. ameen Ya Robb…







“AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA…AKU CINTA AKAN DIRIMU..AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN yang SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..TETAPI..PUJI DALAM HAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..YA RABB” ”



Monday, August 10, 2009

As sweet as can bee...

























As sweet as can bee...Lime green honey bee...
Selamat bertunang Norhafiezan & Rahimi....
Untuk sebarang pertanyaan & tempahan, sila kunjungi butik pengantin kami di:
66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri,
Bandar Tasik Puteri,48020 Rawang,Selangor.
Telefon kedai : 03-60341097
atau
hubungi :019-6680944 (Kak Nor)
e-mail: avenue@dewiseribridal.com
website : http://www.dewiseribridal.com/
blog : http://dewiseribridal.blogspot.com/

Sunday, August 2, 2009

Selamat Bertunang, Fiezan - 2 Ogos 2009
































Salam hangat semua,


Semalam, 2 Ogos 2009 adalah hari bahagia buat pelanggan kami, Norhafiezan. Majlis pertunangannya bertempat di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor berlangsung dengan meriah sekali.

Kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Fiezan & keluarga diatas layanan baik terhadap krew Dewi Seri Bridal sepanjang majlis tersebut.

Saksikan gambar-gambar Fiezan yang kami rakamkan semalam.
Makeup dilakukan oleh Nisha & ikatan tudung oleh Rozita.
Konsep makeup : China Doll
Baju, kreasi tudung & konsep riasan : Dewi Seri Bridal
Untuk sebarang pertanyaan & tempahan, sila kunjungi butik pengantin kami di:
66-1-A, Jalan 7A/2, Medan Puteri,
Bandar Tasik Puteri,48020 Rawang,Selangor.
Telefon kedai : 03-60341097
atau
hubungi :019-6680944 (Kak Nor)