Showing posts with label bridal. Show all posts
Showing posts with label bridal. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Kebaya pengantin terbaru daripada Indonesia



























































































































































Salam sejahtera para pembaca sekelian,

Saya baru pulang dari Indonesia baru -baru ini. Suami saya telah bermurah hati untuk membawa saya melancong ke Jakarta & Bandung pada November yg lalu & sekali lagi pada bulan March ini. Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke Jakarta, kerana sebelum ini saya telah beberapa kali ke Jakarta atas urusan kerja, tetapi perjalanan kali ini cukup bermakna sebab almaklumlah, ini dikira sebagai second honeymoon.
Dan juga lebih bermakna atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.....saya tak boleh mengelak daripada melakukannya....apalagi...shopping!!!....

Maka dengan itu, disini saya ingin berkongsi dengan anda baju2 kebaya pengantin daripada Indonesia untuk tatapan anda semua. Ini adalah koleksi terbaru bulan March 2009 Dewi Seri Bridal.

Untuk pengetahuan anda, kebaya-kebaya yang kami paparkan dalam bentuk asli iaitu dipakaikan dengan kain batik Indonesia. Kebanyakan daripada pelanggan kami kurang gemar mengenakan kebaya pengantin dengan kain batik. Ini adalah disebabkan di kalangan orang Melayu, kain batik cuma kain basahan yang hanya dipakai dirumah oleh orang kampung ataupun dipakai ketika dalam pantang.
Namun begitu, bagi masyarakat Indonesia, kain batik adalah tradisi mereka yang harus dipertahankan. Lagipun, kain batik sarong yang dipakai pengantin di hari pernikahan mereka adalah daripada jenis yang mahal dan berkualiti tinggi.
Oleh itu, jika sekiranya anda ingin menyarungkan kebaya-kebaya ini dengan kain warna sedondon, Dewi Seri Bridal ada menyediakan kain satin mengikut permintaan para pelanggan kami.
Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:-
Kak Nor : 019-6680944
Hasmili : 013-3519181
Atau...
Layari laman web kami : http://www.dewiseribridal.com/
See you in the next blog.....
Ikhlas dari,
Kak Nor.

Friday, April 10, 2009

Natural beauty Hazrinie Azrin
























































Salam sejahtera pelanggan & pengunjung website Dewi Seri Bridal,
15 March yang lalu adalah hari yang paling indah buat pelanggan kami, Hazrinie Azrin & Zuraime. Mereka melangsungkan pernikahan di pagi 15 March di surau Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang dan pada tengahari, persandingan kedua-dua mempelai dilangsungkan.

Hazrinie Azrin yang berbadan langsing dan berkulit sawo matang memilih warna tema coklat utuk hari bersejarahnya. Dia kelihatan ayu mengenakan baju kebaya lace coklat dari Indonesia sedondon dengan pengantin lelaki.

Warna coklat berbaur warna emas yang mewah menghiasi mata Hazrinie. Untuk bibirnya yang mungil itu disapukan warna coklat orange manakala blush-on orange disapukan ke pipi di wajahnya yang bujur. Untuk malam berinai besarnya, Hazrinie memilih baju kebaya putih labuh ke lantai dan kebaya lace candy pink.
Kesemua kebaya pengantin Hazrinie Azrin dibawa khas daripada Indonesia.

Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:-
Kak Nor : 019-6680944/03-60343629
Hasmili : 013-3519181

Atau sila lawati laman web kami, http://www.dewiseribridal.com/ untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh kelihatan seperti dewi dengan bajet yang berpatutan.