Tuesday, April 28, 2009

Kek Idaman Anda - Dapatkannya daripada Partner Terbaru Kami















Salam sejahtera semua,

Apa khabar? Masih bersemangat dan ceria? Kali ini saya ingin bercerita tentang wedding cakes. Semasa saya mengikuti kursus cake decoration Wilton dahulu, saya benar-benar jatuh hati dengan wedding cakes. Bayangkan setiap kali anda memandang wedding cakes yang cantik, sudah tentu anda terbayangkan wedding cakes yang dihias elegant itu seanggun mempelai yang diraikan dalam majlis itu.

Wedding cake merupakan pelengkap dalam majlis perkahwinan. Pastikan yang anda tidak
terlupakan yang satu ini. Agar kek perkahwinan atau kek hantaran yang hadir dalam majlis istimewa anda akan membuatkan para tetamu yang hadir kagum, kami mengemukakan “Cake
Ideas” yang pelbagai.
Anda tentu mengidamkan sebuah wedding cake yang indah, cantik dan membuat Anda serta para tetamu merasa sayang untuk memakannya.

Sila lihat selanjutnya di http://www.dewiseribridal.com/cake.html untuk mendapat pelbagai idea2 yang menarik untuk wedding cake anda.
Apa kata anda berkunjung ke kedai kek partner terbaru kami,
Easten City Bakery & Cafe
74-G-A, Jalan 7/A2, Medan Puteri,
48020 Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor
Anda boleh hubungi Andy, H/P : 017-6746013 / 016-5338198
Anda boleh memilih mana-mana design kek daripada http://www.dewiseribridal.com/cake.html sebagai contoh ataupun anda boleh meluahkan kreativiti anda sendiri untuk kek idaman perkahwinan anda.
Jumpa lagi di blog yang akan datang....

Thursday, April 16, 2009

Koleksi gaun terbaru 2009








































Salam para pembaca sekelian,

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa koleksi gaun pengantin terbaru daripada Dewi Seri Bridal.






Gaun-gaun ini masih lagi baru (new arrival) dan belum dipakai oleh mana-mana pengantin. Sebelum ini kami telah pun menjual 4 pasang gaun-gaun pengantin secondhand kepada mak andam / usahawan pengantin yang lain.
Buat pengetahuan anda, gaun berwarna purple/ungu kain shantung dan putih berlabuci lengan panjang kami datangkan khas untuk gadis yang bersaiz XL. Manakala yang lainnya sesuai untuk anda yang bersaiz S, M & L.
Gaun-gaun ini sesuai juga digunakan sebagai dinner dress. Anda boleh juga menyarungkan scarf atau shawl organza ke bahu anda jika anda mahu.
Untuk anda yang bertudung atau berkerudung, kami ada menyediakan korset muslim berlengan panjang yang boleh anda gayakan dengan gaun-gaun ini.
Untuk pertanyaan & tempahan sewa, sila hubungi:-
Kak Nor : 019-6680944
atau...
sila kunjungi kedai kami di:-
66-1-A, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Terimakasih diatas perhatian anda.
Jumpa lagi di blog yang akan datang......

Sunday, April 12, 2009

Kebaya pengantin terbaru daripada Indonesia



























































































































































Salam sejahtera para pembaca sekelian,

Saya baru pulang dari Indonesia baru -baru ini. Suami saya telah bermurah hati untuk membawa saya melancong ke Jakarta & Bandung pada November yg lalu & sekali lagi pada bulan March ini. Walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke Jakarta, kerana sebelum ini saya telah beberapa kali ke Jakarta atas urusan kerja, tetapi perjalanan kali ini cukup bermakna sebab almaklumlah, ini dikira sebagai second honeymoon.
Dan juga lebih bermakna atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.....saya tak boleh mengelak daripada melakukannya....apalagi...shopping!!!....

Maka dengan itu, disini saya ingin berkongsi dengan anda baju2 kebaya pengantin daripada Indonesia untuk tatapan anda semua. Ini adalah koleksi terbaru bulan March 2009 Dewi Seri Bridal.

Untuk pengetahuan anda, kebaya-kebaya yang kami paparkan dalam bentuk asli iaitu dipakaikan dengan kain batik Indonesia. Kebanyakan daripada pelanggan kami kurang gemar mengenakan kebaya pengantin dengan kain batik. Ini adalah disebabkan di kalangan orang Melayu, kain batik cuma kain basahan yang hanya dipakai dirumah oleh orang kampung ataupun dipakai ketika dalam pantang.
Namun begitu, bagi masyarakat Indonesia, kain batik adalah tradisi mereka yang harus dipertahankan. Lagipun, kain batik sarong yang dipakai pengantin di hari pernikahan mereka adalah daripada jenis yang mahal dan berkualiti tinggi.
Oleh itu, jika sekiranya anda ingin menyarungkan kebaya-kebaya ini dengan kain warna sedondon, Dewi Seri Bridal ada menyediakan kain satin mengikut permintaan para pelanggan kami.
Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:-
Kak Nor : 019-6680944
Hasmili : 013-3519181
Atau...
Layari laman web kami : http://www.dewiseribridal.com/
See you in the next blog.....
Ikhlas dari,
Kak Nor.

Friday, April 10, 2009

Natural beauty Hazrinie Azrin
























































Salam sejahtera pelanggan & pengunjung website Dewi Seri Bridal,
15 March yang lalu adalah hari yang paling indah buat pelanggan kami, Hazrinie Azrin & Zuraime. Mereka melangsungkan pernikahan di pagi 15 March di surau Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang dan pada tengahari, persandingan kedua-dua mempelai dilangsungkan.

Hazrinie Azrin yang berbadan langsing dan berkulit sawo matang memilih warna tema coklat utuk hari bersejarahnya. Dia kelihatan ayu mengenakan baju kebaya lace coklat dari Indonesia sedondon dengan pengantin lelaki.

Warna coklat berbaur warna emas yang mewah menghiasi mata Hazrinie. Untuk bibirnya yang mungil itu disapukan warna coklat orange manakala blush-on orange disapukan ke pipi di wajahnya yang bujur. Untuk malam berinai besarnya, Hazrinie memilih baju kebaya putih labuh ke lantai dan kebaya lace candy pink.
Kesemua kebaya pengantin Hazrinie Azrin dibawa khas daripada Indonesia.

Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:-
Kak Nor : 019-6680944/03-60343629
Hasmili : 013-3519181

Atau sila lawati laman web kami, http://www.dewiseribridal.com/ untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh kelihatan seperti dewi dengan bajet yang berpatutan.